Jamuan Raya
2 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 Julai , Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan Jamuan Hari Raya . Jamuan ini melibatkan pengunjung Pusat Ekonomi Digital dan Komuniti setempat. Aktiviti ini diadakan sempena menyambut Bulan Syawal dan memeriahkan lagi suasana di Pusat Ekonomi Digital . Pelbagai juadah dibawa oleh pengunjung dan dikongsi bersama – sama . Aktiviti bersama komuniti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Pusat Ekonomi Digital dengan komuniti setempat. Kebanyakan yang hadir adalah pelajar sekolah rendah dan menengah yang sememangnya selalu menghadiri Kelas ICT yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: